Sunday, September 16, 2012

Rumah Kembali Sunyi ?

Assalamualaikum And salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Hari Malaysia !
rumah kembali sunyi ? Ehhh , bukan yang tu lha 


Yes , sekarang ni , memang rumah yana kembai sunyi . Why ? Sebabnya kucing habes mati . Kalau mati sakit takpa , nie mati kena langgar . Dah ketentuan Allah kan ? siapalah kita nak menghalang takdir itu .
Isnin lepas si kucing kesayangan telah mati akibat kena langgar dekat jalan besar . yana pun tak tau dia kena langgar dengan apa . Tapi lebih menyayat hati Kepala Beto Kusyeri langsung tak kelihatan . Perut terburai , and mak cakap time mak nak pegi keja , burung gagak dengan penuh kelaparan adn rakusnya sedang makan usus Beto , ya Allah ! sedih dengar .

Hari isnin tue yana buat tak tahu lagi , tapi , bila kakak cakap beto tak balik dari pagi lagi , rasa macam tak sedap hati . tetambah , mak cakap ada sekoq kucing warna putih mati dekat jalan besar depan sekolah arab . Malam tu  , beto tak balik lagi . sebelum ni , Beto tak pernah buat tak balik macam ni . Tapi Haritu ? 
Hari selasa , beto tak balik jugak , so , Dalam hati memang dah cakap , memag sah ! kucing tu memang Beto .rasa teringin nak pegi tengok  tapi tak sampai hati , sebab takut menangis sampai banjir . Dah la tepi jalan , kereta lalu lalang , kang ada orang cakap aku gila pulak . 
Hari rabu , lepas balik sekolah , yana dengan kawan Yana , Cik Ruby , pegi tengok ,, MEMANG SAH ! bETO KUSYERI ! Tapi bangkai dia tinggal selapis ja , macam kena lenyek , nampak usus terkeluar and kepala dia tak dak .Nak amek , tapi tak berani sebab dah separuh reput dah . 

memang sedih sangat , ya , menangis demi seekor kucing ! sebab time kita tengah tegok bangkai dia , secara automatik segala memori kita dengan kucing kita kembali , dari beto kecik sampailha sampai malam terakhir yana peluk dia :( Yup , tulah kali terakhir yana pegang dia . Berapa hari sebelum dia mati , dia asyik tido jerr dengan mak dia . 

 
Beto Kusyeri

Tahun ni saja , boleh dikatakan semua kucing yana yang mati , mati dengan menyayat hati . semua mati kena langgar . time bulan puasa 2 ekor kucing yana mati depan rumah , Nini , mati seminggu kita semua puasa and Iyo carabella , mati tiga hari sebelum raya . And anak bulus , Bumika , Yang ati di depan mata ! 
Inilah dinamakan ketentuan and takdir Allah. tak boleh kita nak ubah .

Si periang , Iyo Carabella . Yang tengah tu , si adek Bumika and yang berbulu putih salju tu si Beto Kusyeri.

Inilah dinamakan ketentuan and takdir Allah. tak boleh kita nak ubah .

p/s:Rindu lepa semua .sekarang nie tinggal mak beto , Kyla Kelly and mak tok beto , Tobel Anabella.

No comments: